9 Jul 2012

Floria Putrajaya 2012


Assalamualaikum..

Hai hai hai. Hai silent reader *sambil lambai-lambai tangan*. Apa kabar semua? Aku baik-baik aje. Sebelum ni aku kat Taiping tup tup sekarang ada kat Cheras. Dari ari Jumaat lagi aku datang sini. Padahal reheasal konvo ari Isnin 9hb. Aku dok ingat Sabtu 7hb. haha. Ahh gasaklah datang awal sikit.

Yang bagus bila datang awal ni dapat lah pergi berjalan-jalan. Kite pergi Floria tau awak. Aduhai kesian aku tak pernah pergi Floria. Dah dua tahun aku miss. Tahun lepas takde orang nak bawak kita pergi. Tsskkk sedih. Nasib tahun ni ada. Hehe. Mekasih kat awak ye. Saya telah pergi Floria ngan Mr. Khairul Akmal dan adik beradek beliau.

Jom layan gambar-gambar kat Floria.

L-R Mr.khairul, Kakak beliau kak Zarith dan adek beliau panggil baby. Almaklumlah..adek bongsu.

Kat Floria ni banyak kemain bunga orkid. Rambang mata cek tengok. Cantik-cantik kan?

Ok ni pokok cili. Eh ok semua orang tau. *garu kepala yang tak gatal* Cuba tengok cili-cilinya banyak betul. hidup subur. Diaorang nak promote baja tu yang display pokok ni buat kita tertarik nak beli. Kalau la pokok ni ada kat umah den. Fuhh, tip top. Confirm setiap aku akan masak masakan pedas-pedas je. Penangan cili. Hehe.

Ni orkid biasa 3 untuk RM10. 

Yang ni luar biasa sikit sebab ada bunga. Flowery cactus tak silap namanya. Kita suka yang ni. So beli 2 untuk RM10.



Aku ni kan kat semua spot yang ada bunga kalau boleh nak bergambar. Dush!
Periuk kera pun ada. Periuk kera ni akan memerangkap serangga masuk dalam periuk-periuk panjang tu. Khairul letak jari dia takde ape pun jadi.Tipulah. haha. Boleh camtu?

Pheww! Pokok durian pun ada jual. Kalau beli ni agak-agak bapa tahun nak merasa buahnya? Khairul and me minat sangat durian. hehe


Me as always loves everything in purple ;-)

Taktau lah pokok apa yang kat depan kitaorang ni. Main bergambar je sesuka hati.

Love this white orchid so beautiful.

Muka gila-gila.

University & school Garden competition. Kebetulan bila nak pergi floria aku pakai dress full of flower. Konon-konon mengikut tema lah tu :-) Feeling all flowy and lovey dovey today. Hehe.

Kerusi taman ni kecik je. Muat untuk dua orang tapi sebab nak bergambar punya pasal we squeeze in duduk rapat-rapat. Yeah berjaya.

Peace yooo!

Owhh taman ni cantik dengan hiasan payung-payung bagai. Lighting pun bagus.

Aku rasa akward bila tengok dia buat peace. Haha.
Cantikkan pokok kat belakang tu?

Sebelum balik kitaorang datang balik kat belah gerai-gerai jualan ni. Baby bought this morning glory. RM10 only.

Muka kepenatan padahal aku bukan lah rasa letih mana pun. Hmm, memang muka saja suka mintak simpati.

Ok bai!

2 Jul 2012

Kahwin Bawah Pedang!


Assalamualaikum..

Just a simple update with a lots of picture :-)

Kahwin bawah pedang ataupun sword bearer wedding untuk pegawai-pegawai tentera laut/darat/udara/ . Lain2 dari tu saya kurang pasti lah pulak. This is first time for me to attend such a military style wedding. 

Wedding ni hari sabtu lepas antara Kapten Sazili TDM dan pasangannya Komander Faizatul Shima TLDM. Aku ni konon-kononya datang dari pihak perempuan tapi aku tak kenal pun pengantinnya. hehe. Memandai je datang tapi dah inform dulu la.

As usual, let's the pictures tells everything! :-)


This pic was snap before the ceremony. Just after they finish the rehearsal.


Haa tu dia pengantin laki dah datang. Memang segak. Kat belakang tu siap ada geng kompang lagi.


Time ni belum lalu bawah pedang lagi. Kalau tengok live serius rasa cantik dan best je semua ni.


Ok dah start kawad. dalam 10 orang ni ada TLDM ada TDM.


Pengantin lelaki dan pengapit dari TDM.


Bestnya moment ni!!


Bila pengantin dah lalu, pedang akan di jatuhkan. Tak boleh lalu dah. Pedang ni boleh tahan berat dan sangat panjang.


Simple pelamin but the light sparkle marks it glamorous.

L-R Lt. Khairul, Lt. Liza dan Lt. Hasnul tengah berchit chat. Yang lagi 2 kat hujung tu tak pasti nama apa. Tak sempat nak berkenalan. Hehe



Seronok kan kalau pengapit pakai smart camni bagi bunga telur :-)


Ni time nak keluar barisan. Ingatkan boleh main belasah je keluar camtu rupa-rupanya kena tabik hormat dulu. Haippp tuan!


Acara potong kek.


Sukanya! Susah payah ku berselit-selit nak capture gambar ni sebab ramai sangat photographer. 
dua-dua orang muka tak ready. cepat sangat snap pic ni. 
Terima kasih Lt. Khairul Akmal sebab bawak saya datang sini ^__^


Weekend ni ada lagi 1 military wedding kat area sini tapi apekan daya tak dapat nak pergi sebab ada hal kat KL - Kita dah nak konvo tak lama lagi. Yeay!! 


Thanks for reading peoples! <3